SEMANGAT
KEJIRANAN
1.0
Didalam kehidupan bermasyarakat, kita
tidak terlepas daripada mempunyai semangat kejiranan. Peribahasa Melayu juga
ada menyebut ‘Ibarat aur dengan tebing’,
peribahasa tersebut dapat menggambarkan betapa rapat dan utuhnya silaturahim
didalam kehidupan bermasyarakat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, semangat
membawa maksud perasaan hati atau perasaan manakala jiran pula membawa maksud
orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang tetangga.
Manakala dari segi istilah syarak,
jiran bermaksud orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita samada di
kanan, kiri, depan ,belakang, atas mahupun ditingkat bawah hingga 40 biah rumah
dari setiap penjuru. Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud orang yang
tinggal sebelah menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam
satu-satu kawasan kejiranan.
Jiran
ialah orang yang paling hampir dengan kita selain daripada keluarga kita
sendiri. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita
dan orang yang akan membantu kita sekiranya kita berada didalam kesusahan. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa ‘ Jiran sepakat membawa berkat’. Jadi
kita perlulah membangkitkan semula semangat kejiranan yang semakin tipis dalam
kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya masyarakat kota supaya kita lebih
bersatu hati.
2.0
Jenis Atau Pembahagian Jiran
Jenis-Jenis Jiran
Kejiranan amat penting didalam
pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukan sahsiah individu dan keluarga. Menghormati
jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa kemudaratan. Sekalipun
jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menggangu
pengamalan mereka seperti orang-orang beragama Hindu akan meletakkan tokong
mereka diluar rumah, maka hormatilah kerana selagi ia tidak membawa bahaya. Didalam
agama Islam, jiran dibahagikan kepada tiga kategori dan haknya yang tersendiri.
Ia terdiri daripada;
.1
Jiran
Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Jiran sesama muslim yang
mempunyai hubungan persaudaraan ialah saudara terdekat kita, oleh itu, jika
kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini, mereka berhak mendapat layanan
sebagai seorang muslim, kerabat serta sebagai seorang jiran.
2 Jiran Muslim Yang Tidak Mempunyai Hubungan
Persaudaraan
Walaupun mereka bukan
terdiri daripada darah daging kita atau suadara kira, tetapi kita perlulah
menghormati mereka dan sentiasa bersikap baik kerana mereka mempunyai hak
sebagai seorang muslim dan sebagai seorang jiran.
3
Jiran
Bukan Islam
Jiran yang bukan beragama
Islam, tidak boleh diangga sebagai musuh. Hal ini kerana mereka tetap mempunyai
hak sebagai seorang jiran. Oleh itu kita masih perlu menghormati mereka dan tidak menyakitki mereka seperti sabda
Nabi Muhammad S.A.W;
“ Barang
siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku, dan barang
siapa yang menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah.”
3.0
Adab Berjiran Menurut Islam
Dewasa ini, kesibukkan mengejar
kemewahan membuatkan antara kita tidak mengamalkan semangat kejiranan dan tidak
sempat untuk bertegur sapa sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan
sesama ahli masyarakat menjadi hambar. Selain itu, kegagalan sesetengah
individu memahami konsep kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya
perselisihan faham dan akan mewujudkan perhubungan yang nagetif. Keadaan ini
pasti akan merosakkan perpaduan dan membangkitkan pemusuhan di kalangan
masyarakat
Kepentingan
adab berjiran amat penting dan dititikberatkan didalam agama Islam. Adab atau ikhlas
bermaksud segala sikap, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat. Islam
ada menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi didalam kehidupan berjiran.
Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini
kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang
ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa
bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.
“Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa
yang tidak bermakna baginya.”
(Hadith Riwayat at-Tarmizi)
Adab
bersosial mengikut perspektif Islam amat menekankan fungsi lidah kerana lidah
akan menghasilkan perbicaraan dan akan menentukan samada individu tersebut
berbicara tentang perkara yang baik atau tidak. Dengan itu, semangat kejiranan
dapat dipupuk sedikit demi sedikit apabila ahli masyarakat saling horamat
menghormati dengan menjaga adab percakapan atau bersosial. Allah S.W.T telah
berfirman didalam surah al-Muknin ayat 1-3 yang bermaksud,
‘Sesungguhnya
telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang
yng menjauhi daripada perbicaraan yang tidak berguna.’
Selain itu,
Islam juga menggariskan panduan kepada setiap muslim untuk sentiasa memulikan
jiran. Antaranya memuliakna jiran ialah sentiasa menghormati jiran dan sentiasa
berbaik sangka sesama jiran. Hormat menghormati disini membawa erti mempunyai
pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh
sopan, khidmat dan takzim. Manakala berbaik sangka ialah sentiasa berfikiran
fositif kepada jiran tetangga.
“
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; Sesiapa yang beriman dengan Allah
dan akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya”
(Riwayat Muslim)
Hadith
diatas membuktikan bahawa betapa pentingnya sikap hormat menghormati dan
berbuat baik terhadap jiran tetangga kerana jiran juga mempunyai hak terhadap
kita yang menjadi jirannya. Menghormati hak mereka sebagai jiran bukan sahaja
mengelak daripada berbicara yang tidak berfaedah yang mana akan menyakiti diri
mereka, malahan hendaklah bersabar atas kelakuan yang tidak sesuai. Jiran yang
baik tidak akan mendiamkan diri malah akan menegur secara baik dan toleransi.
Semangat kejiranan akan dapat dipupuk dengan baik jika perhubungan dua hala
antara sesama jiran berjalan dengan baik.
Jiran
tetangga merupakan satu golongan yang mendapat perhatian yang penting didalam
setiap institusi masyarakat. Dengan adab yang baik yang ditonjolkan didalam
setiap ahli masyarakat didalam kawasan kejirananan adalah asas kepada keamanan,
kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.
Faktor-Faktor Semangat Kejiranan Kian
Pupus
Dewasa ini, semangat kejiranan kian
pupus dalam kalangan masyarakat kita, mereka seperti tidak mementingkan
semangat kejiranan bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
yang membawa maksud mementingkan diri sendiri dan tidak muafakat. Peribahasa
ini sesuai untuk menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa kini. Tidak
dapat kita nafikan bahawa sememangnya sesetengah masyarakat kita masa kini
boleh disifatkan sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana mementingkan diri
sendiri dan lebih bersikap individualistik.
Nyahtijahnya, kita lebih suka
menyendiri dan mengabaikan semangat kejirana dimana pada suatu ketika dahulu,
semangat ini menjadi sesuatu yang menjadi teras masyarakat kita. Keakraban
sesama ahli masyarakat boleh diibaratkan ‘cubit
paha kiri, paha kanan terasa.’ Oleh hal yang demikian, kita perlu meneliti
semual faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita
sekarang. Faktor pertama yang mungkin
menjadi punca mengapa semangat kejiranan makin tidak diamalkan oleh masyarakat
pada masa kini ialah faktor pendidikan.
Menurut Dr Affizal Ahamd didalam
jurnalnya yang bertajuk Kepentingan Pendidikan Dalam Kualiti Hidup Sejahtera
menyatakan, pendidikan ialah salah satu impak yang besar ke atas pelbagai
peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan.
Menurut beliau lagi, pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu
dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial
bergantung kepada pendidikan yang diterima.
Oleh itu, perkaitan yang dapat kita
lihat ialah, apabila seseorang individu tersebut mempunyai pendidikan yang
sempurna dan tinggi, beliau akan mempunyai jawatan atau pangkat yang tinggi
didalam pekerjaan dan ia besar kemungkinan akan mengubah perspektif individu
tersebut terhadap kehidupan bermasyarakat. Perspektif
disini membawa maksud pandangan atau tanggapan. Dengan jawatan dan pangkat
tinggi yang mereka peroleh, mereka akan berasa mereka dapat berdikari dan tidak
lagi memerlukan orang lain termasuklah jiran tertangga. Mereka hanya
mementingkan hak individu mereka tanpa menghiraukan tanggungjawab mereka
terhada kebajikan masyarakat sabagai salah seorang daripada ahli masyarakat itu
sendiri.
Selain
itu, faktor teknologi atau media massa juga membuatkan masyarakat kian
melupakan betapa pentingnya semngat kejiranan. Teknologi merupakan satu perkara
yang paling penting pada era ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, teknologi
bererti aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan
praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain. Ia juga
telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kita kurang mengamalkann
semangat kejiranan.
Teknologi juga telah menjadi satu faktor yang
menyebabkan kita kurang mengiraukan semangat kejiranan. Hal ini kerana, dengan
perkembangan teknologi yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara
langsung mahupun tidak langsung dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui
penggunaan telefon, faksimili, dan internet, kita tidak lagi perlu bertemu
secara berseorangan untuk berhubung. Ekoran dengan itu, kita akan menjadi
hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah didalam
pergaulan. Sebaliknya kita hanya akan menjadi seperti kera sumbang dan hanya
mampu berinteraksi dengan orang lain melalui teknologi.
Jelaslah
bahawa semangat kejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak dapat dipupuk jika
ahli-ahli masyarakat di setiap kawasan kejiranan tidak boleh berhubung dan
berinteraksi sesama satu dengan yang lain. Struktur perumahan yang moden hasil
daripada teknologi juga menyukarkan proses penanaman semangat kejiranan
dikalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan
tembok yang tinggi dan pagar-pagar.
Hal
ini berbeza dengan rumah-rumah dikampung
yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran denagn jiran
yang lain. Oleh itu disini dapat disimpulkan bahawa, teknologi juga menjadi
salah satu punca berlakunya perpecahan dalam masyarakat dan kian pupusnya
semangat kejiranan terutamanya penduduk dikawasan bandar dan kawasan yang
sedang membangun.
Kesan-Kesan Tidak Mengamalkan Semangat
Kejiranan
Semangat kejiranan yang semakin pupus
merupakan satu perkara yang amat membimbangkan dewasa ini. Mungkin ada yang
terlepas pandang terhadap kesan-kesan yang akan berlaku jika semangat ini
dibiarkan terus lenyap dalam jiwa setiap ahli masyarakat. Terdapat beberapa
kesan yang akan terjadi jika seluruh masyarakat tidak mengamalkan semangat
kejiranan. Disini kita dapat bahagikan kepada tiga kesan iaitu kesan keatas
individu, masyarakat dan negara.
Semangat
kejiranan yang semakin hilang akan melahirkan individu yang mementingkan diri
sendiri atau dengan kata lain individulisme. Ini akan memburukkan lagi keadaan
apabila berlaku kecemasan dan memerlukan pertolongan orang lain. Contohnya
salah seorang ahli keluarga sakit dan memerlukan kenderaan dengan segera. Tanpa
jiran, siapa lagi yang kita mahu meminta pertolongan dengan keadaan yang
segera. Disini jelaslah bahawa semangat kejiranan amat penting untuk terus
dipupuk dan diamalkan.
Selain itu, ia juga memberi impak yang
secara langsung mahupun tidak langsung kepada masyarakat dimana akan wujudnya
pelbagai gejala sosial. Dewasa ini, ramai remaja menghabiskan usia remaja
mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan yang merugikan diri
mereka sendiri. Antara perkara atau aktiviti yang tidak berfaedah itu ialah
melepak, merempit, vandalism pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan
lain-lain lagi.
Hal ini kerana tiada pihak yang akan
memantau kawasan perumahan atau kawasan-kawasan tertentu kerana masing-masing
sibuk dengan urusan masing-masing. Selian itu mereka juga menggunakkan istilah
tidak menjaga tepi kain orang lain membuatkan mereka tidak menghiraukan masalah
gejala sosial yang kini kian merunsing. Selain itu, masalah kecurian juga akan
terus berlaku. Antara punca ialah tidak pihak yang akan bertugas sebagai
pemantau seperti yang dilakukan didalam progem rukun tetangga.
Kesan yang terakhir ialah kepada
negara. Salah satu kesan terhadap negara ialah negara tidak akan aman dan
harmoni kerana masyarakat lebih mementinghkn diri sendiri. Keharmonian sesebuah
negara akan membantu sesebuah negara itu meningkat maju. Keharmonia negara amat
penting untuk mengekalkan keamanan dan kewujudan sebuah negara bangsa yang
berjaya. Ia juga akan menarik minat pelabur asing dan pelancong untuk datang
melawat serta melancong ke negara ini kerana keamanan yang Malaysia
perolehi.
Masalah sosial juga akan menyebabkan
masa depan negara menjadi kabur. Remaja merupakan eset negara yang paling
penting dimana pada masa akan datang, remaja sekaranglah yang akan menjadi
pemimpin.
Langkah-Langkah Menghidupkan Semula
Semangat Kejiranan
Hakikat ini amat membimbangkan kerana
semangat kejiranan yakni semangat yang dipunyai oleh ahli-ahli masyrakat untuk
menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat untuk manjaga kebajikan dan
kepentingan anggota masyarakat yang lain amatlah diperlukan. Ia bertujuan untuk
menjamin perpaduan masyarakat. Pelbagai langkah yang dapat kita laksanakan
untuk membendung masalah ini terus melular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Disini kita dapat lihat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi membendung
masalah ini.
Langkah pertama untuk mewujudkan
semangat kejirana ialah dengan menghidupkan semula konsep rukun tetangga. Rukun
tetangga membawa maksud pembahagian wilayah dan dipimpin oleh ketua yang telah
dipilih oleh warganya. Program rukun tetangga ialah satu program sukarela yang
bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Ia
hampir sama dengan program Neighbourhood Wacth yang diamalkan di United
Kingdom.
Di Malaysia, Skim Rukun Tetangga telah
diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah berjaga-jaga diamana ia
memerlukan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman
mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan
dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan kejiranan akan menjamin
kesejahteraan sesebuah negara. Dengan menghidupkan semula semangat rukun
tetangga ini, secara automatiknya semangat kejiranan akan dapat ditaman didalam
setiap masyarakat didalam kawasan kejiranan.
Hal ini kerana, rukun tetangga berfungsi untuk
mengawal keselamat kawasan perumahan terutamanya pada malam hari. Menurut Ahli
Dewan Undangan (ADUN) Kanuk, Datuk Nilwan Kabang berkata selepas majlis penutup
Majlis Karnival Sukan Rukun Tetangga peringkat daerah Kanuk, “ Dibawah kawasan
rukun tetangga, skim rondaan sukarela berfungsi membantu mencegah jenayah dan
menangani gejala sosial, memberi pelindungan kepada nyawa dan harta benda serta
memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera melalui penglibatan
masyarakat kampung itu sendiri,”
Oleh itu, disini dapat kita lihat
bahawa melalu konsep rukun tetangga semangat kejiranan dapat dipupuk kerana ia
membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum dimana ia secara tidak langsung
mampu melahirkan kerjasama sesame ahli masyarakat ketika melakukan rondaan
bersama ibarat kata pepatah yang berbunyai berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Pepatah itu benar-benar menggambarkan kerjasama yang erat sesama
ahli masyarakat.
Selain itu, semangat kejiranan dapat
dipupuk melalui mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga, majlis membawa erti persidangan atau perjumpaan. Dalam
kata lain, majlis bercorak setempat bererti aktiviti yang akan melibatkan
seluruh masyarakat didalam sesuatu kawasan seperti hari keluarga atau majlis
perkahwinan. Dimajlis ini, jiran tetangga yang datang bertemu dan beramah
mesra, saling bertanya khabar ibarat sambil menyelam, minum air. Ia secara
tidak langsung pertemuan ini akan menjalingkan kemesraan .
Antara contoh yang paling terdekat
yang dapat kita ambil ialah majlis perkahwinan. Banyak aktiviti yang dapat
dilakukan bersama dan sekaligus dapat memupuk semangat kejiranan dalam ahli
masyarakat. Contohnya merewang untuk menyediakan makanan. Proses penyediaan
makanan akan memerlukan kerjasama dan kemuafakatan atau kesepakatan. Kejersama
amat penting ketika proses pemyediaan makanan ini atau merewang.
Selaini itu, langkah-langkah yang
mungkin dapat meningkatkan semangat kejiranan adalah dengan menggunakan saluran
media massa yang akan menyiarkan kempen kesedaran kejiranan. Menurut Cangara
2002, media massa adalah alat yang digunakan dalam menyampaikan pesanan-pesanan
dari sesuatu sumber kepada khalayak dengan menggunakan alat-alat komunikasi
mekanis seperti surat khabar , filem, radio dan televisyen. Oleh itu, ia jelas
menggambarkan bahawa media massa memainkan peranan penting sebagai satu alat
interaksi sosial dalam masyarakat terutamanya sebagai alat pengatara.
“Tanpa media massa, interaksi sosial, politik dan ekonomi
tidak akan wujud mengikut ukuran moden. Media massa menjadi penghubung dan
menyatukan pada system yang wujud didalam sesebuah negara. Selain itu, proses
interaksi antara media dengan masyarakat sentiasa saling mempengaruhi.”
(Datuk Zakaria Edris, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah)
Media massa perlu menyiarkan maklumat-maklumat yang
positif dimana ia dapat menigkatkan semangat kejiranan serta kemuafakatan
sesama ahli masyarakat. Seperti yang kita ketahui bahawa media massa merupakan
satu medium yang paling mudah masyarakat terpengaruh terutamanya golongan
kanak-kanak serta remaja. Langkah kerajaan menggunakan saluran media massa
untuk menyiarkan kempen kesedaran kejiranan merupakan pemangkin kepada
keteguhan semangat kejiranan.
Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang
menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini.
Secara tidak langsung, kempen yang disiarkan dapat mencelik mereka yang tidur
agar bangkit menjadi nadi kepada usaha kejiranan. Bak kata punjangga, langkah
pertama merupakan langkah penentu kejayaan sesuatu matlamat yang ingin dicapai.
Langkah
yang terakhir ialah dengan system pendidikan disekolah atau mana-mana institusi
pelajaran. Ia Melalui Matapelajaran Tertentu Seperti Pendidikan Agama dan
Pendidikan Moral ataupun melalui penyerapan dalam matapelajaran lain. Melalui
kaedah ini, semangat kejiranan dapat dipupuk dikalangan kanak-kanak lagi ibarat
peribahasa “meluntar buluh biarlah dari
rebungnya.”
Tuntasnya, jiran membawa erti
orang-orang yang tinggal berdekatan atau berhampiran dengan rumah kita.
Semangar kejiranan amat penting didalam kehidupan bermasyarakat. Ternyata
semangat yang kias pupus ini amat penting untuk terus diamalkan kerana pelbagai
kesan buruk yang akan terhasil jika masyarakat masih belum sedar tentang
kepentingan semangat kejiranan ini. Pelbagai langkah dan anisiatif yang boleh
dilaksanankan untuk mewujudkan semual suasana yang positif ini.
Sekiranya
pencegahan tidak dilaksanakan bagi membendung gejala ini akan menyebabkan
kepincangan dan kerosakan dalam kalangan masyarakat kita terutamanya dan negara
amnya. Ibarat kata pepatah, ‘ Kalau tak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.’ Pepatah ini jelas mengajak
seluruh masyarak bersama-sama berusaha dan berganding bahu dalam memastikan
semangat kejirana tidak akan pupus dan terus diamalkan sehingga masa hadapan.
Selain
itu, peranan jiran juga amat penting untuk menetukan kemakmuran dan
kesejahteraan seseduah negara. Impian untuk mempunyai jiran yang baik tidak
akan terlaksanan sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik
terlebih dahulu. Kekuatan perhubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni akan
mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama jiran. Kehidupan yang baik ialah
kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta
jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan. Ibarat kata pepatah, “Jiran Sepakat Membawa Berkat.”
post anda amat berguna bgi saya , terima kasih :)
ReplyDeleteberguna sangat kerja sekolah tapi kenapa tak buat kepentingannya??
ReplyDeleteSaya ada perasan ada a few kesalahan ejaan yg agak ketara. Minta diperbetulkan ye.
ReplyDeleteAwesome, kind of like these tips. Thanks for your publishing, do look into my bog too as I have some additional tips there. DO come ahead!!'
ReplyDeleteSangat membantu untuk menulis karangan. Terima kasih.
ReplyDelete